Program Mentor-menti merupakan program yang diwujudkan
selepas Peperiksaan UPSR.
Kumpulan Sasarannya ialah Murid-murid Tahun 6
yang telah menduduki UPSR sebagai mentor dan murid tahun tiga
yang masih berstatus Linus Tegar dan Linus sebagai menti.
Program Mentor-menti ini diadakan untuk
mewujudkan murid Sifar Linus
dalam kalangan murid-murid asli di sekolah.
Program ini berlangsung selama sebulan
sepanjang Ujian Saringan 9 diadakan
Murid -murid asli di bimbing oleh mentor
mereka di sebelah petang dan malam semasa
sesi ulangkaji di asrama.
Program Mentor -menti ini boleh dikatakan
berjaya kerana
semua murid yang
dibimbing telah berjaya keluar daripada
kelompok Linus dan Linus Tegar
kecuali yang tidak hadir ke sekolah