Program Pemulihan Khas

Konsep

Proses Pemulihan Khas ialah"Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca,menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah."

Matlamat.

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
"Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak menguasai Kemahiran Asas 3M pada masa yang sepatutnya."

Ciri-Ciri Murid Pemulihan Khas

 Emosi dan Tingkahlaku.

  • rendah diri
  • risau
  • sedih ,hiba dan duka.
  • cepat bosan dan jemu terhadap pelajaran.
  • takut perkara baru.
  • degil,suka melawan.
  • pasif.
  • malas.

 Aspek Sosial

  • gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta menggangu kawan-kawan.
  • lemah dan kurang interaksi dengan rakan-rakan.
  • suka hisap jari,gigit kuku dan jari.
  • tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan
  • menangis enggan masuk kelas.
  • hyperaktif.

Kesihatan

  • lemah tubuh badan dan kurang zat.
  • tumbesar tidak seimbang
  • tumpuan perhatian terhad(masalah penglihatan)
  • lemah gerak motor kasar dan motor halus.
  • selalu sakit,terlalu lama dan teruk.
  • kurang jaga kebersihan diri.

Kesediaan Belajar

  • belum bersedia untuk belajar.
  • perbendaharaan kurang.
  • lemah pemahaman.
  • kurang keyakinan diri dan ransangan.
  • kurang matang,IQ tidak seimbang dengan umur dan hayat

Pengamatan

  • Tidak kenal perbezaan bentuk,saiz,warna dan turutan.
  • lemah pendengaran bunyi dan rentak.
  • keliru terhadap ruang dan mencari arah.
  • lambat mengelas benda.
  • kesukaran mengaitkan pelajaran lama dan yang baru.
  • tidak dapat menyelesaikan masalah.
  • sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
  • tidak kreatif.
  • lemah dalam pergerakan dan perbuatan.
  • lemah daya pemikiran dan ingatan.
  • tidak boleh mengingat kembali.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to " "

Post a Comment